πŸŽ‰ EARLY BIRD 50% OFF β€” Pendaftaran 2026 dibuka. Daftar Sekarang β†’

Tentang Pusat Tuisyen Impian Genius

Sejak 2022, kami membimbing pelajar ke sekolah impian mereka.

Cerita Kami

Pusat Tuisyen Impian Genius merupakan lanjutan daripada 'brand' Sekolah Impian β€” pusat pembelajaran yang memfokuskan bantuan kepada murid dan ibu bapa untuk membuat persediaan terbaik ke sekolah berasrama penuh. Kami komited membimbing murid mencapai potensi terbaik ke Sekolah Impian.

Kami turut menyediakan taklimat dan kumpulan sokongan khas buat ibu bapa. Melalui perkongsian strategi, panduan dan bimbingan berterusan, ibu bapa dapat membantu anak-anak membuat persediaan peperiksaan saringan ke Sekolah Impian.

Kami menawarkan kelas berkala secara dalam talian dan bersemuka, bengkel, seminar, Modul Impian PKSK UKKM dan set soalan simulasi PKSK UKKM yang komprehensif. Program kami direka khusus untuk membantu murid ke SBP, SMKA, MRSM, KV, SMT dan MTD.

Bukan sekadar kelas biasa β€” kami telah membina laluan kejayaan ke Sekolah Impian dan telah membantu lebih 50,000 murid dengan bimbingan daripada guru-guru pakar melalui persediaan yang tersusun dan strategi menjawab yang berkesan.

Visi & Misi

πŸ”­

Visi

Pendidikan Terbaik, Murid Terbilang

🎯

Misi

Melestarikan Pendidikan berkualiti untuk membangunkan potensi murid agar berjaya ke Sekolah Impian

Pendekatan Kami

πŸ“…

Januari–Ogos

Belajar mengikut silibus KSSR/KSSM ditetapkan Kementerian Pendidikan.

🎯

September–Disember

Persediaan peperiksaan UASA, Matriks tahun 4, UKKM, PKSK & SPM.

♾️

Sepanjang Tahun

Penganjuran Seminar, Bengkel, Modul Impian bercetak & Soalan Simulasi.

Pasukan Kami

Cikgu Fara

Cikgu Fara

Pengasas Sekolah Impian | Penceramah Utama | Penulis Buku Akademik

Dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang pendidikan, Cikgu Fara telah membantu ribuan murid dan ibu bapa membuat persediaan tersusun untuk mencapai impian ke sekolah pilihan.

Cikgu Hana

Cikgu Hana

Pengetua Sekolah Impian | Penceramah Matematik | Penulis Buku Akademik

Dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang pendidikan, Cikgu Hana telah membantu ribuan murid cemerlang dalam matematik terutama persediaan PKSK untuk ke Sekolah Impian.

Nilai Kami

🌱

Melestarikan Pendidikan Berkualiti

🀝

Komuniti Pembelajaran Aktif

πŸ†

Pendekatan Berasaskan Hasil

Sekolah Impian Logo

Sebahagian daripada keluarga Sekolah Impian